Posts

JOKES...

Kirimkan Berita Dengan Segera   Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah Dua hari berada dipulau itu... tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah... dan beberapa lagi cedera parah.. Petang itu... Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya... "KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar... Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut... Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan... bunyinya: "JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"

JOKES...

Baju...    Suatu hari seorang ibu yang tua pergi kerumah anaknya yang baru berkahwin. Dia terkejut apabila melihat anak perempuan tanpa seurat benang pun menanti suaminya pulang dari kerja. Si ibu bertanya kepada anaknya dengan penuh hairan. Ibu : Nak nape tak cukupkah wang suami kamu untuk membeli sehelai pakaian sehingga kamu berkeadaan begini Anak : Taklah abang suka cam ni mak. dan dia lebih sayangkan saya kalau saya berkeadaan begini. Lalu ibunya pulang kerumahnya dan menanti suaminya pulang dengan tanpa seurat benang di bajunya Ayah : Nape maknya tak iron dulu baju tu....Lain kali sebelum pakai baju tu iron dulu supaya ia tak berkedut. ibu : ????????

JOKES...

Anak yang Baik   Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya.... Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna" Wanita 2: "Apakah dia merokok?" Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!" Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?" Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik" Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?" Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga" Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?" Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

JOKES...

Akui Diri    Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri. Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!

JOKES..

Akibat Jelingan Ayah...     Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku  kanak-kanak    dahulu. Ayah aku suka memberi amaran    padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak    disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan     menjeling padaku    bermakna  aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.    Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat  maghrib.Ketika    sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku     yang    'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat       terus memberi    jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain       pelikat tok imam    itu semula ke celah...

JOKES...

Ahli Sarkas  Seorang Polis menahan sebuah kereta yang didapati memandu dalam keadaan mabuk.  Sedang menulis saman... polis tersebut ternampak banyak pisau di dalam kereta. "Pisau itu untuk apa?" tanya Polis dengan curiga. "Saya ahli sarkas.. dan pisau-pisau itu saya gunakan dalam pertunjukkan" "Ok.. buktikan!" perintah polis tersebut. Lalu pemandu itu mengeluarkan pisau²nya dan mula menunjukkan kebolehannya.  Mula² hanya 3 pisau.. kemudian bertambah.. hingga akhirnya 7 pisau sekaligus di-lempar²kan, keatas, kebawah, kebelakang, dan berbagai gaya ditampilkan, membuat Polis terpesona. Tiba-tiba sebuah kereta lain melalui jalan tersebut... Pemandu kereta kedua tadi  terlihat kejadian itu dan tercengang.. kemudian berkata, "Takutnya.. Aku mesti berhenti minum! Lihat... sekarang hukumannya seperti itu!"