JOKES..

Akibat Jelingan Ayah... 

   Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku  kanak-kanak

   dahulu. Ayah aku suka memberi amaran

   padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak

   disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan

    menjeling padaku

   bermakna  aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

   Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat  maghrib.Ketika

   sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku

    yang

   'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat

      terus memberi

   jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain  
  
 pelikat tok imam

   itu semula ke celah punggung tok imam tadi.

   Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah       batal solat

   mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka
  
  merah padam

   menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.

   Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Comments

Popular posts from this blog

JOKES..

JOKES...

JOKES...