JOKES...
Tiga kali je...
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang
nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan
senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh,
abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di
benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang
pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata
dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi
hanya 3 kali sahaja selama ni"
"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang
berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan
masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita
susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita,
"Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan
esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk
abang mulakan perniagaan.."
"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria
kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali
ke 2 pulak?"
"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak
pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami.
"Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan
esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."
"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria
sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan
abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri
menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang
bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."
Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Comments
Post a Comment